Acquaintance

30 September 2011

Realiti Ketika Bercinta





Somehow this comic strip reminds me something ..

p/s : thanks for reading beb. have a blast and a very nice day. hehe. #kbai

29 September 2011

Berbudi bahasa : Pen-pal

Hello readers :)


  1. Kerajaan telah melancarkan kempen budi bahasa budaya kita pada 11 Januari 2005 dan juga merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam melahirkan rakyat yang berbudi bahasa.
  2. Berbudi bahasa ini termasuklah TIDAK membuang sampah sesuka hati,menolong orang dalam kesusahan,memberikan senyuman ikhlas,hormat orang tua dan lain-lain.
  3. Melahirkan minda rakyat kelas pertama merupakan sasaran kerajaan. Namun, first class infrastructure,THIRD class mentality yang pernah diungkapkan seorang menteri kabinet beberapa tahun lalu menggambarkan situasi berbeza, Kenapa?
  4. Lihat saja ibu negara,Kuala Lumpur merupakan kota metropolitan yang sangat maju. Pelbagai infrastructure ada,serba serbi lengkap. 
  5. TETAPI, Kuala Lumpur juga pernah dilaporkan CNN sebagai antara bandar terkotor selepas mereka membuat liputan dilorong-lorong yang penuh dengan sampah. 
  6. Penduduk di luar negara seperti Eropah, sangat mementingkan berbudi bahasa. 
  7. Ambil contoh, rakan pen-pal aku dari Estonia kerap menegur aku tentang kebiadaban aku memotong bicaranya ketika berbual sikap kedekut untuk berkata, thanks mate !
  8. Tambahnya lagi,berbudi bahasa itu amat penting terutama ketika berkomunikasi dengan orang lain dan jangan kedekut untuk menghargai sesuatu.
  9. Contohnya, dia pernah marah aku semasa aku membalas chatting terlalu cepat sedangkan dia belum lagi habis cerita. Terus marah,dia kata aku biadab. Off Chat. HAHAHA.
  10. Aku yang biadab,jangan ikut aku. Dah kena marah. Tetapi,kawan tetap kawan.
  11. Lain kali jangan menyampuk tau ketika orang sedang bercakap. Dengar dulu, baru bagi reaksi yang sesuai. Jangan main redah, kena macam aku.
  12. By the way,she is my best pen-pal i ever had, seriously. Will be here on forthcoming January, again.

p/s : Berbudi bahasa itu budaya kita :) Have a blast readers, thanks again reading my blog.#kbai


28 September 2011

Wordless Wednesday#7 : Loser



p/s : You have nothing to do with your money. LOSER. Hehe, Like if agree. have a blast readers. #kbai

23 September 2011

Bertudung, sebab 'lovebite'?

  1. Hello readers, jangan terkejut dengan tajuk ok. Hehe. Bagi aku,benda ni baru lagi atau adakah aku yang bodoh dan buta untuk tak tau benda ni dah lama? hehe
  2. Aku experience sendiri benda ni,but tak kenal pun budak tu. Aku cuma terdengar dia 'sok sek' dengan membe sebelah pasal dia bertudung sebab 'lovebite'.takut nanti kantoi dengan parent. Dosa tu tanggung sendiri kan,tapi cara hang tanggung dosa hina agama. Well, let God judges her. Minta hidayah sampai padanya, aminnn :)
  3. Aku ada borak dengan kawan aku pasal bertudung,sebab 'lovebite' dan kawan aku cakap its normal sebab zaman sekarang ni bertudung tu bukan indicator untuk menentukan baik atau tidak seseorang tu. 
  4. Aku pernah baca, kalau nak tengok perempuan sekarang bukan dari segi dia pakai tudung atau tak,but the way tudung itu dipakai dan dikenakan. Simple. 
  5. BUT, akan ada perempuan kata 'ohh,hampa jenis style nak awek hot,blonde, freehair tapi awek bertudung litup tau pulak simpan buat stok bini?' 
  6. Dunia ni adil beb, jangan risau girl. Perempuan baik untuk lelaki baik, dan begitu sebaliknya. Itu janji tuhan.
  7. Aku rasa tak perlu aku cerita hukum hakam pasal pemakaian tudung ni sebab ilmu di dada belum sampai tahap hampa,kena menuntut lagi beb. Semua tahu, cuma buat2 tak tau.
  8. The things is, janganlah sampai ke tahap mempergunakan agama untuk menutup dosa sendiri. Dah tau dosa,minta ampun pada tuhan.
  9. Mari sama2 mohon petunjuk pada tuhan, i am not perfect too as well. Bukan hamba yang baik pada Sang Pencipta. Sekadar peringatan.
  10. Maaf terkasar bahasa :)

p/s : chill readers.like if agree, and dialu-alukan anda meninggalkan komen. Have a blast,kbai

20 September 2011

Torres miss goal


  1. Torres miss goal againts Man Utd after cleverly pass De Gea.
  2. Again, Torres miss goal.
  3. Lastly, Torres miss goal.
  4. Aku saja bold, untuk si nasib malang yang hanya menjaringkan 2 gol sejak perpindahan 50m dari Liverpool pada musim perpindahan Januari.
  5. Tersenyum kambing De Gea dek kebodohan torres miss goal. Sebab takut dimarahi lagi fans Devils. HAHA
  6. Cheers Spaniard, have a blast. Still have a lot of football to be play. Its just not your day yet :)
  7. Even he is playing for our rival,Spurs but i still love to see him on and off the pitch. Great lad. Bounce back beb, hang boleh !

p/s : Hye readers, have a good day. Like jika suka,lagi bgus tinggal komen. hehe, have a blast,kbai :)

19 September 2011

Gila 'Like' Di Facebook

Hello guys,

  1. Mengikut statistik terbaru, bilangan pengguna laman sosial facebook di Malaysia telah mencapai 13 juta ! Bilangan pengguna di seluruh dunia pula kian meraksasa 700 juta ! HAHA
  2. Aku sendri tak terlepas dari menjadi salah seorang pengguna facebook tu. Dan ada jugak pelbagai jenis ragam pengguna facebook tu sendiri. Ada jenis gila account banyak, gila add photo 'duck' face and gila like.
  3. Ada yang sanggup buat dua tiga akaun sebab nak main Zynga Poker,sapa jek tak tau game yang baru sahaja capai 50 juta users baru2 ni. Aku pun ada 2 akaun, kalah berjudi punya pasai aku buat jugak. tekanan beb, hehe
  4. Di sini, aku nak fokus pada user yang gila 'like' facebook. I have friend, yang memang selau buat status style2,so i just simply press 'like'. Dah suka, tekan je la.
  5. Tapi, ada jugak demand. I mean, yang nak tengok status dia dapat banyak like. Boleh tu boleh nak demand tapi biarlah dengan berhemah.
  6. Aku panas betul kalau jenis hantaq kat chatbox mintak like status. Aku just press like button, sebab kawankawan punya pasai takpa. Orang gila like, kita like jek. Bagi kawankawan puas hati tersengih depan laptop dapat notification orang like status dia. HAHA
  7. Tak perlu gila like sampai menagih simpati orang dengan sampai hantaq ke chatbox. Tak salah beb, cuma apa kita buat kena ikhlas :)
p/s : hampa nak like entry ni pun boleh,hehe. have a good day readers,have a blast,kbai :D

15 September 2011

Realiti Politikus

Hari itu hari Gawai
Sempena pesta menuai
Tentu ramai sudah bangun awai
Namun disini mood masih melungai
Bukan disebabkan makan roti surai
Tapi pasal orang punya perangai
Tak habis-habis suka cari pasai

Sebenarnya rakyat bayar cukai
Tapi ada orang buat muka tebai
Duit cukai semua dia kawai
Bila ada PRK dia keluarkan tunai
Dia kata duit dia bukan duit orang ramai
Duit kerajaan bukan duit pembayar cukai
Lulus itu lulus ini cukup pandai
Lepas tu bangunan tinggal tersadai
Sekolah hospital rosak tak boleh pakai
Duit komisen 500 juta beli kapai
Gadis Mongolia mati berkecai

Tapi kita dilarang kritik otai-otai
Cakap lebih sikit masuk balai
Masuk dalam Siput Babi mai tibai
Tapi kalau kita takut ribut badai
Jangan buat rumah ditepi pantai
Baik buat rumah dekat sungai
Suasana begitu aman dan permai
Pohon nyior pun melambai-lambai
Macam orang pencen asyik santai

Bila diam sebab nak hidup damai
Habis segala harta negara dibantai
Angkut lari ikut sempadan Thai
Sepuluh generasi pun belum selesai
Depa kata Melayu hidup bergadai
Tanah kita juga habis depa juai
Harap songkok tinggi dan misai tebai
Tapi perangai macam Abdullah bin Ubai

Kau ingat rakyat tidur mamai
Rakyat sekarang sudah celik akai
Bukan baca Utusan atau Makkal Osai
Mereka golongan bijak pandai
Mereka bukan boleh dibuai Cindai
Tak makan sogok rokok atau serabai

Dan sebelum hamba menutup tirai
Hamba ingin nasihat kepada otai-otai
Jangan cuma jaga kroni atau sahabat handai
Rakyat marhain janganlah diabai
Kami juga adalah pembayar cukai
Kalau kami diabaikan oleh otai-otai
Kami akan doa dalam solat qiyamulail
Harap-harap Allah segera bagi tunai.

p/s : have a blast readers, like jika suka leave comment lagi bgus.  chill :)

Sam Tsui



  1. Nama dia Samuel 'Sam' Tsui atau Sam Tsui. Dilahirkan 2nd May 1989. Artis yang seangkatan dengan Maddie Jane, cover lagu popular artis.
  2. Dah banyak lagu dia cover, view youtube pun berjuta beb,bukan ratus ribu tau. Aku tertarik dengan lagu, cara dia bawa lagu ni kalah Britney Spears. Dia ni passionate sikit dari segi pembawaan lagu, suara dia sedap. Hampa jangan cop aku GAY plak. hehe
  3. Dia ni Amerika-Cina sebenarnya,pernah dah muncul dalam Oprah Winfrey yang famous tu. Cuma lately baru nak naik. Awesome beb.
  4. Ada satu lagi lagu, Just A Dream - Nelly pun awesome. Sam Tsui duet bersama one girl yang seangkatan dengannya, cover lagu orang :D Superb !
p/s : Like entry ni kalau suka,leave comment digalakkan. Okay readers,have a blast. kbai :)

mak :(


-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... . ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... . .
-berapa ramai yang sanggup... membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
p/s : birthday mak aku dah nak dekat, hadiah apa sesuai? hehe. have a good day readers, have a blast,kbai :D

14 September 2011

Betul ke?


Aku jumpa dari SINI, saja nak jawab kan. hehe

1 ) lelaki kalau dah membebel , memang kalah budak perempuan !

2 ) sekali budak lelaki jatuh cinta , sampai bila-bila dieorang akan setia dengan cinta tu

3 ) lelaki boleh mencintai 4 perempuan dalam satu masa.. sebab tu ade lelaki yang bole kawen empat... hehe

4 ) lelaki yang bole menangis sebab perempuan yang die cinta adalah lelaki sejati

5 ) ego lelaki boleh jadi rendah kalau die jumpe dengan orang yang betol-betol die suke

6 ) lelaki pendek lebih berharta daripada lelaki yang kaya... kalu tak caye , cube tengok dato-dato.. haha !

7 ) lelaki semakin tua , semakin pemalu..

8 ) lelaki yang bermuka kiut , biasanya gay ! * OMG ~

9) mulut lelaki 'playboy' lebih manis daripada gula-gula kapas

10 ) lelaki lebih macho kalau senyum tutup mulut

  • berani aku cakap 6 daripada 10 tu betul. Dari pengalaman aku dan kawan dan diri aku sendiri

p/s : have a good day readers. Like jika suka entry ni, leave comment . Bye, have a blast :D

Rabu Kedu#5


p/s : kena usaha keras ni, go go !

13 September 2011

Widget.



  1. Semua blog pastinya memasang widget,p lah blog mana pun. Harus ! Wajib ada itu widget dalam blog depa. Tkda widget tak berseri blog ke? hehe
  2. Tetapi widget ni juga ada yang patut dan tak patut dipasang kerana boleh lembapkan@lama masa nak loading page satu blog tu. It means, blog hmpa berat lettew,*hahax,
  3. Betapa banyaknya blog yang letak useless widget, tak kisah laa kat sidebar, kat bawah, kat atas. But you all secara tak langsung dah buang masa tau. Depa ada banyak lagi blog nak ziarah,bukan blog aku jek. Blog aku buat untuk orang baca, so HARUS memenuhi kehendak pembaca dengan memudahkan dorg nk loading page aku. Hehe
  4. Seperti yg korg tahu, internet provided kt malaysia bukan lah laju sangat. Kat oversea,setakat unifi tu bersepah,percuma lagi tau. Lagi laju,nak tengok live streaming movie tkda hal beb. Ini malaysia,majority readers pun orang malaysia. Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu menguak :D
  5. Blog aku dulu pun bersepah dengan widget masa awal aku buat blog. Rasa syok dpt buat blog comel2 dengan salji jatuh sana sini,ada upin ipin kat tepi bagi wish,fb page aku,widget tu widget ni. Semua cukup beb. rasa comel jek.
  6. Ada one blogger tegur pasal blog aku lambat loading, berat sangat terus mati mood nak baca dan apatah lagi nak tinggal komen. So, nak ke korg ziarah blog yang lama gila loading mcm blog aku dulu? Dia mati mood,aku lagi mati mood beb. Serius.
  7. Lagi satu, widget greeting untuk readers tu tak payah kot ea. Terima kasih daun keladi,aku pun lagi senang hati kalau tkda^^ hehehe
  8. Just letak laa basic widget yang komfem ringan seperti Follower, Archive, Bloglist, Advert(nuffgang) dah cukup. Korg berblogging mesti nak ramai org datang kan? okay, take a look blog famous dan byk readers nya yang entry bya bagus2,simple dan cepat loading. hehehe
  9. Tengok blog Tun M,cepat je loading. Ni ada beberapa list blog yg bagi aku ringan,simple dan aku suka ke sana :D So, mari kita sama2 mudahkan sesama blogger untuk terus lawat blog kita. peace :p 
  1. Tun M 
  2. Namee 
  3. Hanis Zalikha 
  4. Wan Suhail 
  5. Syazwan Che Deraman 
p/s : Sekadar nasihat untuk terus maju. Sila like entry kalau suka,lagi bagus tinggalkan komen anda. Cukup ringan ke blog aku ni?hehe

Politikus

  1. Aku memang minat politik. Dari kecik aku suka baca akhbar, aku akan selak bahagian tengah. Yang ada rencana. Minat gila baca pasal pembangunan negara.
  2. When i grow up, aku amek kos dalam politik jugak. Konon nak mendalami politik ni.
  3. Minda dah terbuka, and aku benci politikus. Sebab, mereka politikus.
  4. Aku malas nak kupas banyak, satg ada tak senang duduk. Aku rela jadi silent reader. Hanya ikuti perkembangan puak2 ni sambil tersenyum kelat.
  5. Bila ada orang tanya pendapat aku, untuk tidak melukakan banyak pihak aku cuma mampu jawab politikus bukan lapanganku, aku pelajar. 

p/s : have a good day readers. like jika suka, have a blast everyone :D

12 September 2011

Gewdikz, you tahu tak?



  1. Segelintir suka sangat memelatkan diri sendiri, menjadi perosak bahasa melayu bahasa kebangsaan beb. Puak2 ni nak tegur tak sampai hati.
  2. Biasa tak jumpa perkataan mcm ni, capew niew? tax shukew lew titew. Awok,titew shukew awok lew dan lain2 lagi lew. hahax
  3. Recently, acapkali gak aku menganjing puak2 ni di facebook tp biasalah mereka sangka aku terikut lettew *euww dgn perbuatan mereka walhal, ehem ! Sorry laa adik!
  4. Bukan apa,hmpa kena ingat kerajaan kita penat2 keluaq duit advert sana sini dari tahun 1959 untuk memartabatkan bahasa melayu kita. hargai sikit beb. Aku punya language memang campur aduk, sebab aku org kedah. Hampa jgn marah laa aku sembang macam ni.
  5. Aku rasa ramai yang menyampah dengan budak2 yang 'pelat' sebab masa aku post status pelat macam tu ramai nyumpah seranah aku, kawan baik aku sendiri dtg jumpa aku tanya kenapa aku dah berubah nak gedik2 kat facebook. Aku cakap'bro aku cuma nak menganjing puak gewdikz tu, hg rilek ja. aku masih macam dulu. Homies beb, chill.'
  6. Kesimpulannya disini, bahasa melayu bahasa kebangsaan. peace :p

Segmen Lucky Draw bersama Fareha Rahmat



  1.  Hey, selamat pagi tuan punya blog. Aku jumpa post dari fb page.
  2. Berminat gak nak join sebab mana tau dapat topup kan? at least lepas aku bajet aku untuk minggu ni.
  3. Yelah, aku student lagi beb. Biasalah bajet kat topup sikit kena lebih semenjak dikenakan cukai kann
  4. okay, done dgn essay buruk ni. kbai :D

Tax 15 Sept


Tune Talk = Tune Tax
DiGi = Tax Will Follow You
Celcom (X Pax) = Got X, Got Tax!
U Mobile = U must pay Tax
Maxis (Hotlink) = Tax Unlimited

p/s : pakat guna public, tak pun skype jom. hhe

09 September 2011

Perkahwinan

  1. Kita kena ingat,cinta bukan pada couple saja. Cinta jga bukan pada 'i love you' Cinta juga tak terletak pada 'i miss you', dan cinta juga tak terletak pada 'can i touch you?'
  2. Kerana semua itu cinta nafsu semata-mata. Bicara suci cinta itu akan terucap saat lafaz ijabkabul. Ketika itulah tujuan cinta sejati menjadi kerana Allah.
  3. Ust Habiburrahman pernah berkata tiada muara yang lebih indah bagi pasangan yang saling mencintai kerana allah selain menikah.
  4. Jangan cintai seseorang setinggi langit,kerana langit akan runtuh kelak. Jangan cintai seseorang sedalam lautan,kerana lautan boleh surut. Jangan cintai seseorang sebesar dunia,kerana dunia boleh hancur. Cukup mencintai seseorang sehujung kuku,walau kecil,walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh.
  5. Indahnya couple selepas nikah.

p/s : Selamat bergelar raja sehari :D Have a blast !

Anniversarry: 9/11


  1. Baca tajuk, mesti ingat anniversarry kapel? haha, bodoh ape aku nak post camtu dalam blog.Takda orang nak baca kisah loser macam aku. haha
  2. Anyway, hari ini genap 10 tahun World Trade Center sembab menyembah bumi akibat serangan rampasan kapal terbang puak Al-Qaeda(kononnya)
  3. So, genaplah jugak Islam di Amerika didiskriminasikan@dipulau dan lain2 secara terang, jelas dan nyata. Tapi, statistik jugak menunjukkan peningkatan drastik orang Amerika menganut agama Islam sejak 9/11. Kenapa?
  4. Seperti orang lain tahu,banyak dah blogger dedah propaganda licik Amerika melalui 9/11 ni,so aku malas nak taip@copy paste lagi. Google je laa. hehehe
  5. Secara tak langsung, dah membantu certain people untuk tahu bahawa Islam itu wujud ! My penpal dari Estonia sendiri kata dia tahu pasal Islam selepas 9/11 even dia tak peluk Islam pun. Isinya, mereka dah advert Islam tu sendiri pada dunia, thank. Walaupun dengan imej buruk.
  6. Tahukah anda bahawa Tony Blair bekan PM Britain sendiri hari hari baca Al-Quran? Dikatakan mampu memberinya panduan untuk jadi seorang pemimpin yang bagus dan mengenali tamadun lampau selain mengakui Al-Quran sebuah kitab lengkap.
  7. Nanti korg beli paper, baca headline. Sah2 ada pasal sambutan ulang tahun benda alah ni. Aku meluat dah baca, 10 tahun baca benda sama. Bla bla bla, annoying tengok orang bersalah menyalak macam haram jadah hina agama aku. 
p/s : Siap ada logo untuk sambutan tu lagi, seronok tengok Islam kena keji ke? babi.

Wajah Paling Pelik ?








p/s : bayangkan sakitnya buat benda alah ni 

08 September 2011

Wajah Baru

  1. Assalamualaikum,aku mula nak buat numbering sebab nak ikut cara Tun Dr Mahathir berblogging. Even blog aku bukanlah dikunjungi ramai orang pun. But, who knows kan one day. hehe
  2. Aku cuba ringankan blog aku,buang widget mana yang patut. Facebook widget pun aku dah buang and some other widget yg aku consider annoying dan tak patut. Tapi iklan tu,tak boleh tkda laa. hehe
  3. Aku dah ubah template baru, yang lebih simple. Tak banyak color, putih. Senang nak baca,untuk mesra pembaca. hehe
  4. Aku tau certain blogger ada yang tak suka entry jiwang-jiwang,tapi aku mana2 pun tkpa. So, aku tkda laa nak post benda2 jiwang lagi dah. Bajet ada yang nak baca kisah personal aku. bodohnya aku. haha
  5.  
    p/s : buka buku baru :D

Contest Aku Nak Bagi Miss Lyzeer SENTAP

  1.   Ermm, pendapat saya bahagian sisi(sidebar) harus diperkemaskan lagi kerana masa diambil untuk lihat blog awak lama sikit. Tak seronok lah tunggu,saya nak baca terus. hehe
  2.  Saya blogger baru, jadi tidak tahu apa yang patut ditegur tetapi saya suka kalau sesuatu blog itu ringan. Almaklumlah, negara kita internet belum tahap 'superb'. hehe
  3. Ermm,apa kata awak gunakan skala warna yang sama saja? kan cool gitu nanti beb. Serius. hehe
  4. Kenapa aku bebel kat atas? sebab aku nak masuk contest ni. Boleh klik terus di gambar. Contest ni minta aku beri komen yang membina pada tuan blog. Tentang apa2 sahaja.
  5. Cukup membina laa tu kan beb,tujuan nak bagi biar mesra pengguna jek :D
  6. Hadiah contest ni menarik gak, serius. Rugi tak masuk. Lagi best, tak payah tag kawan pun. Cepat kerja aku. hihi.
  7. Semoga saya terpilih :p

Top 10 earners from the 2010-2011 Champions League:


Top 10 earners from the 2011-2011 Champions League

1) Manchester United: €53,197,000 (£46.7m)
2) Barcelona: €51,025,000 (£44.8m)
3) Chelsea: €44,523,000 (£39.1m)
4) Schalke: €39,750,000 (£34.9m)
5) Real Madrid: €39,288,000 (£34.5m)
6) Internazionale: €37,982,000 (£33.4m)
7) Bayern Munich: €32,562,000 (£28.5m)
8) Tottenham Hotspur: €31,133,000 (£27.3m)
9) AS Roma: €30,087,000 (£26.4m)
10) Arsenal: €29,983,000 (£26.3m)1. 

How money being distributed 
1. Every club that made it into the group stages received €3.9 million ..
2. while €550,000 was given for every match played .. 
3. €800,000 was paid out for a win ..
4 .with €400,000 for a draw ..
5. Further payments were given to clubs who progressed closer towards the final.

Facts
1. Revenue from this competition covered transfer budget used by Manchester United.
2. Man City spent over 1 billions since took over and takes 3 years for them to participate in the competition .
3. The beaten finalist earn more revenue rather than champion.
4. The most dramatic football in Champion League is match between AC Milan and Liverpool.

p/s : Aku harap Spurs boleh qualified utk next season. Amin ! syg Spurs.

07 September 2011

Senarai Negara Harga Minyak Petrol Paling Murah Di Dunia

 Assalamualaikum ..
Ni aku sedut dari forum ..
Menarik info,sekadar berkongsi ..

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.


[Image: petrol+ron97.jpg]

Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan
minyak terbesar di dunia :

# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels

P/S : Saya mencari juga di mana kedudukan sebenar bagi harga petrol Malaysia untuk dibandingkan dnegan negara pengesport minyak yang lain. Tetapi tidak mengapa, kerana saya masih bersyukur kerana harga petrol di Malaysia masih lagi 'termurah' di dunia termasuk juga lebih murah daripada Thailand dan juga Singapura walaupun mereka bukan negara pengeluar :D

Wordless Wednesday#4


p/s : Picture taken one year ago, first season he strike 2 goals in 16 games,dissapointed many pundit. Now, 8 goals in 4 games. Apa yang penting, dia Islam. Tunggu artikel mengenai dia :D

06 September 2011

Football Manager 2012 : Preview

Assalamualaikum ..
I am very very pleased ..
Finally my highly rated game ever will be release ..
'soon' however ..
This is some Game information :D ..
Which originally from SEGA

Football Manager 2012 allows you to take control of any club in over 50 nations across the world, including all of the biggest leagues across Europe.

You’re in the hot-seat, which means you decide who plays and who sits on the bench, you’re in total control of tactics, team-talks, substitutions and pitch-side instructions as you follow the match live with the acclaimed 3D match engine allowing YOU to make the difference!

As the boss you’ll also have full control of team affairs away from the pitch:

Will you spend big-money on expensive superstars or put a focus on scouting for wonderkids?
How will you approach training & match preparation?
Will you be the chairman’s best friend or always demand the best investment from the board?
How do you react when a young star has problems – a shoulder to cry on or a clip round the ear?
And how will you deal with tricky questions from the media?

Now it’s time to put your opinions to the test.

New & improved key features for Football Manager 2012:

Manage Anywhere, Anytime – the ability to add or take away playable nations in your saved game as often as you want. Manage in that country at the start of the next season - meaning you don’t have to decide on which nations are playable at the start of your career.

Transfers & Contracts – significant changes to the transfer and contract systems, including loyalty bonuses, better implementation of amateur and youth contracts, an improved transfer centre and the ability to lock areas of the contract negotiation when you aren't prepared to budge. This helps you to manage your budgets and gives you flexibility in what you offer money hungry players, or agents, as incentives.

Scouting improvements – using several real life scouting reports, a new in-game report was devised which includes squad analysis, tactics information and information about goals scored and conceded alongside lots of other scouting improvements, giving you all the information you need to prepare before kick-off and throughout the season.

3D Match Improvements – new animations, a whole new crowd system, improved weather system, more stadiums, plus two brand new cameras - "Behind Goal" and "Director Cam" as well as all other camera angles being reversible - meaning you can watch and analyse every aspect of every game.

Intelligent Interface – a new adaptive layout system, which means the higher your screen resolution, the more info is easily at your fingertips. The new interface also contains new filters, customisable columns, a new tactics screen, and lots of new overview screens.

Tone – a whole new level has been added to team talks and conversations, with the new tone system, which allows you to specify the way you want to say things – be as cool as a cucumber by saying things calmly or throw tea cups around by saying things with passion. There are 5 different tones to choose from with specific comments per tone.

Brand New Tutorial – standing separate from the main game, a mode to help new players find their way around the game easily, whilst also offering tips to experienced managers on how to get the most out of the game, as well as a new in-game “how to” system.

On top of these key innovations, there are over 800 new features making huge improvements, such as the media system, press conferences, the youth system, newgens, the social networking options, friendlies, international management and many more which will be detailed in a series of video blogs over the coming months, alongside more information about Football Manager 2012. 
p/s : I really looking foward to this games since i was in 17. It was awesome.

05 September 2011

Penyokong Mas Vs Penyokong Kelab EPL



Asslamualaikum ..
Aku saja nak ulas topik ni ..
Aku terbaca di SinarHarian ..
Bola sepak Malaysia dah jadi fenomena beb ..
Berebut hari tu orang beli tiket dari 9 pagi !
hikhik ..

PENYOKONG MALAYSIA
10 tahun dulu ..
Orang kita amat malu nak pakai jersi Malaysia ..
Nak jumpa di kedai memang susah ..
Stokis sendiri pun nak tak nak ambil ..
Sebab tak laku and ..
Add up dengan krisis serius melibatkan rahsuah ..
Yang terus membunuh bola sepak kita pada 1996 ..

Sekarang, 2011 ..
Jersi Malaysia sangat laku ..
Tak kira biru merah atau kuning ..
Boleh nampak orang kita dah mula pakai ..
Tak kira kaum,jantina dan agama ..

Aku ingat lagi kawan aku sanggup ke Indon ..
Dia citer lagi jersi dia nak beli habis satu perak ..
Sampai kena p kuala lumpur ..
Tu puas cari naseb jumpa sebelum naik flight ..

Semuanya bermula dari Malaysia menang AFF Suzuki ..
Orang kita dah tak malu pakai jersi kita ..
Seiring dengan jersi gergasi Eropah yang lain ..
Sehingga timbul isu ke kementerian ..
Mengenai hak penjualan jersi kebangsaan ..
Pak menteri kata, terpulang semua ada hak ..
Untuk menggalakkan sokongan padu rakyat ..
Yang ni aku puji sangat ..
Time Fahmi Che Mat save penalti ..
Semua orang tempik gempita dabik dada ..
Time Safee Salie sumbat dua biji ..
Semua orang bangga sampai rekemen masuk QPR ..

Cuba kalau Fahmi Che Mat bolos 5 bijik ..
Terus minta Dato' RJ ganti orang lain ..
Cuba kalau Safee gagap depan tiang gol ..
Komfem satu Malaysia kutuk,masuk page depan BeritaHarian ..
Macam jadi kat Helmi Eliza Eliaz ..

Renung-renungkan lha ..


PENYOKONG KELAB EPL
Mempunyai ramai peminat yang setia ..
Peminat siap daftar jadi ahli kelab ..
Walaupun kelab di Liga Kejuaraan seperti Cardiff dll ..
Stadium amat jarang kosong macam kat Malaysia ..
Hampa duk tgk EPL kat tv selalu kann ..
Pernah ka tgk banyak seat kosong ?

Pemain juga amat dikenali oleh peminat ..
Full detail peminat tahu tau ..
Each one player in and out fans amat titikberatkan ..
Soal kewangan, facilities, management ..
Fans tahu semua tu, dah kira macam family ..
Website kelab sentiasa diupdate ..

Pemain kelab juga tidak dikritik teruk ..
Unless kalau dia tu decent player ..
Tak main whole seasons atau sekadar pemain lebihan ..
Fans depa juga mahu each player main ..
Bagi sokongan padu ..
Kita macam mana? HAHAH

Sokongan diberi pada kelab setempat ..
Tak malu beb pakai jersi team fevret depa ..
Even tu kelab tercorot dalam EPL !
Stadium still tak sunyi ..
Menangis bagai kalau lihat teamnya kalah ..
Lagi2 kalau main kat 'home' ..


Secara ringkasnya ..
Bolasepak kita dah maju, peminat dah ramai ..
Cuma biar konsisten, semat dihati ..
Kalau team kita kalah pun, teruskan sokongan ..
Chill, HAHA


p/s : cuma aku jaa tkda jersi malaysia, mmbe aku suma ada :(

03 September 2011

Tottenham Hotspurs Transfer Window



Assalamualaikum ..
Hai kawankawan bloggers ..
Kali ni aku serius sedih ..
bukan sebab kawankawan tapi sebab bola ..
Serius, rasa down+sedih+kecewa ..
Semua sebab bola ..

Semalam berakhirnya jendela perpindahan musim panas ..
Aku SANGAT menantikan player baru ..
So,aku ikut cerita last eleventh hour bid depa ..
Menanti siapakah yang nak dibeli ..

So, transfer window roundup agak sibuk ..
Sibuk menjual daripada membeli ..
Duit hasil jualan haram tak beli apa pun, celaka ..
sedih+kecewa,fullstop ..

In : Brad Friedel (Free), Adebayor (Loan from Man City) and Scott Parker (West Ham)

Out : Jamie O'Hara(Wolves), Peter Crouch and Wilson Palacios(Stoke City), Jermaine Jenas(loan to Aston Vilaa), Allan Hutton(Aston Villa), David Bently(loan to west Ham)


Aku tau Spurs nak offload fringe player ..
Dari makan gaji buta kann ..

 p/s : Aku menangis tengok Spurs tumbang 5-1 dengan Man City, serius.