Acquaintance

12 July 2011

Download 3,2,1 Cinta

''Apabila perempuan menjadi 1:37 lelaki''
Mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah, Fariz. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan yang sikap kasarnya itu, akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja dan dia mula tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.


credit to Jie Azz/team gempak

2 comments:

Puteri Nurul Syifa' said...

cite sekali lagi ade tak ?

xanders.co said...

insyallah nanti ada i akan share ;)