Acquaintance

08 July 2011

Inilah 7 tuntutan BERSIH 2.0


BERSIH 2.0 yang akan menganjurkan himpunan aman pada 9 Julai nanti menuntut reformasi terhadap 7 perkara iaitu :-
  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya.


*the moment of truth for Malaysians


BERSIH 2.0 agenda pembangkang?

Salah... Bukan maksudnya Pakatan Rakyat menang baru bersih dan adil...

Maksudnya kena bagi semua parti peluang yang saksama untuk bertanding. Kerajaan ke, syarikat ke, pertubuhan ke, kalau dia seorang aje berkuasa untuk berdekad lamanye, dia
 akan rasa macam dia tak akan kalah langsung. Bila dia rasa macam tu, kebajikan rakyat akan diabaikan sebab awak hidup sengsara macam mana pun dia akan masih berkuasa.

Tolong fahami hakikat ini. Hanya kerana beberapa orang berkata BERSIH ini agenda parti pembangkang, tolong jangan percaya.

Agenda BERSIH hanya untuk memperjuangkan KEBERSIHAN & KEADILAN PILIHANRAYA MALAYSIA. Di alam manakah agenda itu melanggar undang-undang..?

No comments: