Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?
Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.
Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.
p/s : have a blast readers and a very good day. Press Like button if you like. #kbai
12 comments:
perghhh,makan taun kot nak lupakan seseorang/kenangan. haha
aik? dah xbuat numbering ka?
xkonsisten la camni.. haha
kenangan sangat pedih bila teringat.
saya tak suka kenangan. sebab nnti rse nk balik ke alam dulu.
@wan : weyh, jgn bg kantoiii. hahaha
@pujangga : jgn laa sedih :)
@namee : takut ke?
aku masih ingat kenangan dolu dolu..
ada kenangan yang kita tak boleh luahkan kat orang orang tertentu.
memang susah bro.
kenangan itu menyakitkan .
sukar dihapus !
sebab kenangan ada pengalaman, pengalaman menajar kita.. walaupn pahit kenangan tu, kena trima la.. ;)
err aku stud degree.. so bru msk lor.. exam lmbt lg. huhu
kenangan semalam..
pengalaman hari ini..
pembetulan masa hadapan..
hehe.tp kdg2 salah semalam still ulang lg hari ini.manusia kan :)
Post a Comment