Acquaintance
28 October 2011
27 October 2011
Kaum Lelaki, bahaya !
hello readers,
- Aku dapat ni dari group AnTi k-POP *fuck bodo sohai. Kawan aku jemput masuk.
- Aku berkecuali,malas nak komen. Aku tak layan kpop pun.
- Based on picture,setuju ke? Hehe
19 October 2011
16 October 2011
MyKad Baru Mulai Januari Depan – Hishammuddin
KLUANG — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
Hishammuddin berkata MyKad baru itu juga menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semi-konduktor yang diiktiraf.
“Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said.
Beliau berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.
Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.
Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.
Hishammuddin berkata JPN juga akan meneruskan program ‘Outreach’ menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Beliau berkata sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan untuk unit-unit bergerak itu.
Mengenai pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang, beliau berkata JPN Kluang merupakan pejabat JPN ketiga selepas Kuching dan Melaka yang menyediakan perkhidmatan itu.
Hanya pejabat JPN yang memiliki keupayaan sistem hubungan terus dengan ibu pejabat dengan ciri-ciri keselamatan akan dipertimbangkan untuk menawarkan
perkhidmatan itu, katanya.
perkhidmatan itu, katanya.
“Kita tidak akan terburu-buru untuk memperluaskan perkhidmatan itu di semua pejabat cawangan JPN seluruh negara,” katanya.— BERNAMA
p/s : aku tak mampu tinggal blog lama2, rindu. have a blast readers.
08 October 2011
Berhenti Blogging
Hello readers :(
best regards,
xanders
- I am realy sorry. I have to stop blogging. Maybe in couple of weeks or months. I don't know. We'll see.
- I really need to stop for a while. I need to revive my career back on track.
- I love blogging,i really love my blog and also you guys.
- You guys are pretty awesome,make wonder in my blog and somehow beaming me a smile everyday.
- I think you won't able to reach my blog someday.Kbai
best regards,
xanders
06 October 2011
Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung
- TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.
- Syarikat Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.
- Laporan sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.
- Teknologi itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair kristal.
- Pada awal tahun ini, satu laporan mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.
- Laporan yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses 1.2GHz.
- Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.
p/s : Nipis sangat, ni handphone atau kertas? Nak share,press jek like button. have a blast and a very good day.
05 October 2011
04 October 2011
Kenangan itu membunuh, yeke?
Hello readers,
Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?" Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, HAHA.
Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?
Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.
Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.
p/s : have a blast readers and a very good day. Press Like button if you like. #kbai
Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?
Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.
Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.
p/s : have a blast readers and a very good day. Press Like button if you like. #kbai
03 October 2011
Kawan antarabangsa, best ke?
Hello readers :)
- Kawan antarabangsa atau penpal adalah satu hubungan jarak jauh antara dua sahabat dari berlainan negara dan budaya.
- Kemajuan negara kita telah membolehkan kadar capaian penggunaan internet semakin meluas sehingga di ceruk pedalaman. Surau kampung aku pun ada wi-fi beb. Maju tak ? Hehe
- Ditambah pula dengan pelbagai laman sosial sembang masa kini membolehkan dua insan dari berlainan agama,budaya dan negara berhubung. Komunikasi dua hala sama ada ber-chatting atau web cam.
- Melalui laman sosial inilah yang menemukan aku dengan kawan antarabangsaku. Ada beberapa yang aku kenali melalui Zynga Poker, game di facebook. Aku tengah kaya masa tu,win table 1 Milion. Ada juga foreigner nak jadi kawan antarabangsa aku.
- Aku juga ada kenal kawan antarabangsa dari lama Omegle, no sex purpose tau. Selalu sangat orang kata Omegle tu laman seks kan. Jangan open web cam, zina mata. Hehe
- Aku kenal orang Estonia,Marta Juhha umur 19 tahun, sebaya dengan aku. Pelajar Fotografi di Tartu University. Dah tentu laa perempuan beb....
- Orang kita mimpi nak duduk Europe,cari awek Europe,belajar sana bagai laa. Tapi Marta kata Europe tak best ! Dia lebih suka Malaysia, cuaca sempoi. Dia pun pernah bercuti di Pulau Redang. Nak datang lagi katanya and me as pemandu pelancong???
- One thing orang Europe tak suka duduk sana adalah apabila tiba musim sejuk. Sebab masa tu semua aktiviti terhad,kemudahan awam tergendala, dan dengan salji lebat turun. Sebab tu orang Europe suka lepak Asia bila musim sejuk dan lokasi pilihan adalah Malaysia, Thailand, dan Bali.
- Sikap orang Europe paling aku gemar adalah budi bahasa mereka. Walaupun bukan islam, tetapi mereka tahu adab ketika berbual walaupun dengan orang asing. Orang Europe tak lokek dengan ucapan terima kasih dan minta maaf. Serius.
- Nak cari kawan antarabangsa? Cubalah layari Omegle, but harus tutup web cam tauu. Main text je cukup lah kan. Nanti dah dapat kawan antarabangsa, boleh bagitahu aku. Hehe.
- Kita ni hidup jangan sombong sangat. Allah jadikan kita dengan pelbagai kaum dan budaya supaya kita saling mengenali antara satu sama lain. Bukan untuk bermusuh-musuh.
p/s : thanks for reading. have a blast and a very nice day. Ada sesiapa pernah Omegle?hehe #kbai
30 September 2011
Realiti Ketika Bercinta
Somehow this comic strip reminds me something ..
p/s : thanks for reading beb. have a blast and a very nice day. hehe. #kbai
29 September 2011
Berbudi bahasa : Pen-pal
Hello readers :)
- Kerajaan telah melancarkan kempen budi bahasa budaya kita pada 11 Januari 2005 dan juga merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam melahirkan rakyat yang berbudi bahasa.
- Berbudi bahasa ini termasuklah TIDAK membuang sampah sesuka hati,menolong orang dalam kesusahan,memberikan senyuman ikhlas,hormat orang tua dan lain-lain.
- Melahirkan minda rakyat kelas pertama merupakan sasaran kerajaan. Namun, first class infrastructure,THIRD class mentality yang pernah diungkapkan seorang menteri kabinet beberapa tahun lalu menggambarkan situasi berbeza, Kenapa?
- Lihat saja ibu negara,Kuala Lumpur merupakan kota metropolitan yang sangat maju. Pelbagai infrastructure ada,serba serbi lengkap.
- TETAPI, Kuala Lumpur juga pernah dilaporkan CNN sebagai antara bandar terkotor selepas mereka membuat liputan dilorong-lorong yang penuh dengan sampah.
- Penduduk di luar negara seperti Eropah, sangat mementingkan berbudi bahasa.
- Ambil contoh, rakan pen-pal aku dari Estonia kerap menegur aku tentang kebiadaban aku memotong bicaranya ketika berbual sikap kedekut untuk berkata, thanks mate !
- Tambahnya lagi,berbudi bahasa itu amat penting terutama ketika berkomunikasi dengan orang lain dan jangan kedekut untuk menghargai sesuatu.
- Contohnya, dia pernah marah aku semasa aku membalas chatting terlalu cepat sedangkan dia belum lagi habis cerita. Terus marah,dia kata aku biadab. Off Chat. HAHAHA.
- Aku yang biadab,jangan ikut aku. Dah kena marah. Tetapi,kawan tetap kawan.
- Lain kali jangan menyampuk tau ketika orang sedang bercakap. Dengar dulu, baru bagi reaksi yang sesuai. Jangan main redah, kena macam aku.
- By the way,she is my best pen-pal i ever had, seriously. Will be here on forthcoming January, again.
p/s : Berbudi bahasa itu budaya kita :) Have a blast readers, thanks again reading my blog.#kbai
28 September 2011
Wordless Wednesday#7 : Loser
p/s : You have nothing to do with your money. LOSER. Hehe, Like if agree. have a blast readers. #kbai
23 September 2011
Bertudung, sebab 'lovebite'?
- Hello readers, jangan terkejut dengan tajuk ok. Hehe. Bagi aku,benda ni baru lagi atau adakah aku yang bodoh dan buta untuk tak tau benda ni dah lama? hehe
- Aku experience sendiri benda ni,but tak kenal pun budak tu. Aku cuma terdengar dia 'sok sek' dengan membe sebelah pasal dia bertudung sebab 'lovebite'.takut nanti kantoi dengan parent. Dosa tu tanggung sendiri kan,tapi cara hang tanggung dosa hina agama. Well, let God judges her. Minta hidayah sampai padanya, aminnn :)
- Aku ada borak dengan kawan aku pasal bertudung,sebab 'lovebite' dan kawan aku cakap its normal sebab zaman sekarang ni bertudung tu bukan indicator untuk menentukan baik atau tidak seseorang tu.
- Aku pernah baca, kalau nak tengok perempuan sekarang bukan dari segi dia pakai tudung atau tak,but the way tudung itu dipakai dan dikenakan. Simple.
- BUT, akan ada perempuan kata 'ohh,hampa jenis style nak awek hot,blonde, freehair tapi awek bertudung litup tau pulak simpan buat stok bini?'
- Dunia ni adil beb, jangan risau girl. Perempuan baik untuk lelaki baik, dan begitu sebaliknya. Itu janji tuhan.
- Aku rasa tak perlu aku cerita hukum hakam pasal pemakaian tudung ni sebab ilmu di dada belum sampai tahap hampa,kena menuntut lagi beb. Semua tahu, cuma buat2 tak tau.
- The things is, janganlah sampai ke tahap mempergunakan agama untuk menutup dosa sendiri. Dah tau dosa,minta ampun pada tuhan.
- Mari sama2 mohon petunjuk pada tuhan, i am not perfect too as well. Bukan hamba yang baik pada Sang Pencipta. Sekadar peringatan.
- Maaf terkasar bahasa :)
p/s : chill readers.like if agree, and dialu-alukan anda meninggalkan komen. Have a blast,kbai
20 September 2011
Torres miss goal
- Torres miss goal againts Man Utd after cleverly pass De Gea.
- Again, Torres miss goal.
- Lastly, Torres miss goal.
- Aku saja bold, untuk si nasib malang yang hanya menjaringkan 2 gol sejak perpindahan 50m dari Liverpool pada musim perpindahan Januari.
- Tersenyum kambing De Gea dek kebodohan torres miss goal. Sebab takut dimarahi lagi fans Devils. HAHA
- Cheers Spaniard, have a blast. Still have a lot of football to be play. Its just not your day yet :)
- Even he is playing for our rival,Spurs but i still love to see him on and off the pitch. Great lad. Bounce back beb, hang boleh !
p/s : Hye readers, have a good day. Like jika suka,lagi bgus tinggal komen. hehe, have a blast,kbai :)
19 September 2011
Gila 'Like' Di Facebook
Hello guys,
- Mengikut statistik terbaru, bilangan pengguna laman sosial facebook di Malaysia telah mencapai 13 juta ! Bilangan pengguna di seluruh dunia pula kian meraksasa 700 juta ! HAHA
- Aku sendri tak terlepas dari menjadi salah seorang pengguna facebook tu. Dan ada jugak pelbagai jenis ragam pengguna facebook tu sendiri. Ada jenis gila account banyak, gila add photo 'duck' face and gila like.
- Ada yang sanggup buat dua tiga akaun sebab nak main Zynga Poker,sapa jek tak tau game yang baru sahaja capai 50 juta users baru2 ni. Aku pun ada 2 akaun, kalah berjudi punya pasai aku buat jugak. tekanan beb, hehe
- Di sini, aku nak fokus pada user yang gila 'like' facebook. I have friend, yang memang selau buat status style2,so i just simply press 'like'. Dah suka, tekan je la.
- Tapi, ada jugak demand. I mean, yang nak tengok status dia dapat banyak like. Boleh tu boleh nak demand tapi biarlah dengan berhemah.
- Aku panas betul kalau jenis hantaq kat chatbox mintak like status. Aku just press like button, sebab kawankawan punya pasai takpa. Orang gila like, kita like jek. Bagi kawankawan puas hati tersengih depan laptop dapat notification orang like status dia. HAHA
- Tak perlu gila like sampai menagih simpati orang dengan sampai hantaq ke chatbox. Tak salah beb, cuma apa kita buat kena ikhlas :)
15 September 2011
Realiti Politikus
Hari itu hari Gawai
Sempena pesta menuai
Tentu ramai sudah bangun awai
Namun disini mood masih melungai
Bukan disebabkan makan roti surai
Tapi pasal orang punya perangai
Tak habis-habis suka cari pasai
Sebenarnya rakyat bayar cukai
Tapi ada orang buat muka tebai
Duit cukai semua dia kawai
Bila ada PRK dia keluarkan tunai
Dia kata duit dia bukan duit orang ramai
Duit kerajaan bukan duit pembayar cukai
Lulus itu lulus ini cukup pandai
Lepas tu bangunan tinggal tersadai
Sekolah hospital rosak tak boleh pakai
Duit komisen 500 juta beli kapai
Gadis Mongolia mati berkecai
Tapi kita dilarang kritik otai-otai
Cakap lebih sikit masuk balai
Masuk dalam Siput Babi mai tibai
Tapi kalau kita takut ribut badai
Jangan buat rumah ditepi pantai
Baik buat rumah dekat sungai
Suasana begitu aman dan permai
Pohon nyior pun melambai-lambai
Macam orang pencen asyik santai
Bila diam sebab nak hidup damai
Habis segala harta negara dibantai
Angkut lari ikut sempadan Thai
Sepuluh generasi pun belum selesai
Depa kata Melayu hidup bergadai
Tanah kita juga habis depa juai
Harap songkok tinggi dan misai tebai
Tapi perangai macam Abdullah bin Ubai
Kau ingat rakyat tidur mamai
Rakyat sekarang sudah celik akai
Bukan baca Utusan atau Makkal Osai
Mereka golongan bijak pandai
Mereka bukan boleh dibuai Cindai
Tak makan sogok rokok atau serabai
Dan sebelum hamba menutup tirai
Hamba ingin nasihat kepada otai-otai
Jangan cuma jaga kroni atau sahabat handai
Rakyat marhain janganlah diabai
Kami juga adalah pembayar cukai
Kalau kami diabaikan oleh otai-otai
Kami akan doa dalam solat qiyamulail
Harap-harap Allah segera bagi tunai.
Sempena pesta menuai
Tentu ramai sudah bangun awai
Namun disini mood masih melungai
Bukan disebabkan makan roti surai
Tapi pasal orang punya perangai
Tak habis-habis suka cari pasai
Sebenarnya rakyat bayar cukai
Tapi ada orang buat muka tebai
Duit cukai semua dia kawai
Bila ada PRK dia keluarkan tunai
Dia kata duit dia bukan duit orang ramai
Duit kerajaan bukan duit pembayar cukai
Lulus itu lulus ini cukup pandai
Lepas tu bangunan tinggal tersadai
Sekolah hospital rosak tak boleh pakai
Duit komisen 500 juta beli kapai
Gadis Mongolia mati berkecai
Tapi kita dilarang kritik otai-otai
Cakap lebih sikit masuk balai
Masuk dalam Siput Babi mai tibai
Tapi kalau kita takut ribut badai
Jangan buat rumah ditepi pantai
Baik buat rumah dekat sungai
Suasana begitu aman dan permai
Pohon nyior pun melambai-lambai
Macam orang pencen asyik santai
Bila diam sebab nak hidup damai
Habis segala harta negara dibantai
Angkut lari ikut sempadan Thai
Sepuluh generasi pun belum selesai
Depa kata Melayu hidup bergadai
Tanah kita juga habis depa juai
Harap songkok tinggi dan misai tebai
Tapi perangai macam Abdullah bin Ubai
Kau ingat rakyat tidur mamai
Rakyat sekarang sudah celik akai
Bukan baca Utusan atau Makkal Osai
Mereka golongan bijak pandai
Mereka bukan boleh dibuai Cindai
Tak makan sogok rokok atau serabai
Dan sebelum hamba menutup tirai
Hamba ingin nasihat kepada otai-otai
Jangan cuma jaga kroni atau sahabat handai
Rakyat marhain janganlah diabai
Kami juga adalah pembayar cukai
Kalau kami diabaikan oleh otai-otai
Kami akan doa dalam solat qiyamulail
Harap-harap Allah segera bagi tunai.
p/s : have a blast readers, like jika suka leave comment lagi bgus. chill :)
Sam Tsui
- Nama dia Samuel 'Sam' Tsui atau Sam Tsui. Dilahirkan 2nd May 1989. Artis yang seangkatan dengan Maddie Jane, cover lagu popular artis.
- Dah banyak lagu dia cover, view youtube pun berjuta beb,bukan ratus ribu tau. Aku tertarik dengan lagu, cara dia bawa lagu ni kalah Britney Spears. Dia ni passionate sikit dari segi pembawaan lagu, suara dia sedap. Hampa jangan cop aku GAY plak. hehe
- Dia ni Amerika-Cina sebenarnya,pernah dah muncul dalam Oprah Winfrey yang famous tu. Cuma lately baru nak naik. Awesome beb.
- Ada satu lagi lagu, Just A Dream - Nelly pun awesome. Sam Tsui duet bersama one girl yang seangkatan dengannya, cover lagu orang :D Superb !
p/s : Like entry ni kalau suka,leave comment digalakkan. Okay readers,have a blast. kbai :)
mak :(
-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... . ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... . .
-berapa ramai yang sanggup... membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
p/s : birthday mak aku dah nak dekat, hadiah apa sesuai? hehe. have a good day readers, have a blast,kbai :D
14 September 2011
Betul ke?
Aku jumpa dari SINI, saja nak jawab kan. hehe
1 ) lelaki kalau dah membebel , memang kalah budak perempuan !
2 ) sekali budak lelaki jatuh cinta , sampai bila-bila dieorang akan setia dengan cinta tu
3 ) lelaki boleh mencintai 4 perempuan dalam satu masa.. sebab tu ade lelaki yang bole kawen empat... hehe
4 ) lelaki yang bole menangis sebab perempuan yang die cinta adalah lelaki sejati
5 ) ego lelaki boleh jadi rendah kalau die jumpe dengan orang yang betol-betol die suke
6 ) lelaki pendek lebih berharta daripada lelaki yang kaya... kalu tak caye , cube tengok dato-dato.. haha !
7 ) lelaki semakin tua , semakin pemalu..
8 ) lelaki yang bermuka kiut , biasanya gay ! * OMG ~
9) mulut lelaki 'playboy' lebih manis daripada gula-gula kapas
10 ) lelaki lebih macho kalau senyum tutup mulut
2 ) sekali budak lelaki jatuh cinta , sampai bila-bila dieorang akan setia dengan cinta tu
3 ) lelaki boleh mencintai 4 perempuan dalam satu masa.. sebab tu ade lelaki yang bole kawen empat... hehe
4 ) lelaki yang bole menangis sebab perempuan yang die cinta adalah lelaki sejati
5 ) ego lelaki boleh jadi rendah kalau die jumpe dengan orang yang betol-betol die suke
6 ) lelaki pendek lebih berharta daripada lelaki yang kaya... kalu tak caye , cube tengok dato-dato.. haha !
7 ) lelaki semakin tua , semakin pemalu..
8 ) lelaki yang bermuka kiut , biasanya gay ! * OMG ~
9) mulut lelaki 'playboy' lebih manis daripada gula-gula kapas
10 ) lelaki lebih macho kalau senyum tutup mulut
- berani aku cakap 6 daripada 10 tu betul. Dari pengalaman aku dan kawan dan diri aku sendiri
p/s : have a good day readers. Like jika suka entry ni, leave comment . Bye, have a blast :D
Subscribe to:
Posts (Atom)
