Acquaintance

14 June 2011

Anonymous ancam godam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini

Paparan skrin mengatakan Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini.

PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png
Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.
Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

Satu lagi laporan menyebut puncanya. Korg boleh bukak link aku bagi ni. Klik.sini je. Aku malas nak cter panjang2 dah. Buka je lah.



p/s: Aku terbaca kat Malaysiakini yang kerajaan bagi tender kat  Impact Creations Sdn Bhd sebanyak RM 1.8 juta untuk tempoh tiga tahun hanya untuk UPDATE status fb Tourism Malaysia ! woahh,kaya kerajaan kan dalam duk kata duit tkda sampai naik segala bagai harga barang. HAHAHA

No comments: