Acquaintance

05 October 2011

Wordless Wednesday#8 Stress


p/s : I can't stop blaimin' myself. I guess,in a way. I did.


 

04 October 2011

Kenangan itu membunuh, yeke?

Hello readers,


       Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?" Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, HAHA.


       Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?


       Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.


       Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.




p/s : have a blast readers and a very good day. Press Like button if you like. #kbai



03 October 2011

Kawan antarabangsa, best ke?

Hello readers :)


  1. Kawan antarabangsa atau penpal adalah satu hubungan jarak jauh antara dua sahabat dari berlainan negara dan budaya.
  2. Kemajuan negara kita telah membolehkan kadar capaian penggunaan internet semakin meluas sehingga di ceruk pedalaman. Surau kampung aku pun ada wi-fi beb. Maju tak ? Hehe
  3. Ditambah pula dengan pelbagai laman sosial sembang masa kini membolehkan dua insan dari berlainan agama,budaya dan negara berhubung. Komunikasi dua hala sama ada ber-chatting atau web cam.
  4. Melalui laman sosial inilah yang menemukan aku dengan kawan antarabangsaku. Ada beberapa yang aku kenali melalui Zynga Poker, game di facebook. Aku tengah kaya masa tu,win table 1 Milion. Ada juga foreigner nak jadi kawan antarabangsa aku.
  5. Aku juga ada kenal kawan antarabangsa dari lama Omegle, no sex purpose tau. Selalu sangat orang kata Omegle tu laman seks kan. Jangan open web cam, zina mata. Hehe
  6. Aku kenal orang Estonia,Marta Juhha umur 19 tahun, sebaya dengan aku. Pelajar Fotografi di Tartu University. Dah tentu laa perempuan beb....
  7. Orang kita mimpi nak duduk Europe,cari awek Europe,belajar sana bagai laa. Tapi Marta kata Europe tak best ! Dia lebih suka Malaysia, cuaca sempoi. Dia pun pernah bercuti di Pulau Redang. Nak datang lagi katanya and me as pemandu pelancong??? 
  8. One thing orang Europe tak suka duduk sana adalah apabila tiba musim sejuk. Sebab masa tu semua aktiviti terhad,kemudahan awam tergendala, dan dengan salji lebat turun. Sebab tu orang Europe suka lepak Asia bila musim sejuk dan lokasi pilihan adalah Malaysia, Thailand, dan Bali.
  9. Sikap orang Europe paling aku gemar adalah budi bahasa mereka. Walaupun bukan islam, tetapi mereka tahu adab ketika berbual walaupun dengan orang asing. Orang Europe tak lokek dengan ucapan terima kasih dan minta maaf. Serius.
  10. Nak cari kawan antarabangsa? Cubalah layari Omegle, but harus tutup web cam tauu. Main text je cukup lah kan. Nanti dah dapat kawan antarabangsa, boleh bagitahu aku. Hehe.
  11. Kita ni hidup jangan sombong sangat. Allah jadikan kita dengan pelbagai kaum dan budaya supaya kita saling mengenali antara satu sama lain. Bukan untuk bermusuh-musuh.

p/s : thanks for reading. have a blast and a very nice day. Ada sesiapa pernah Omegle?hehe #kbai