Acquaintance

04 October 2011

Kenangan itu membunuh, yeke?

Hello readers,


       Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?" Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, HAHA.


       Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?


       Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.


       Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.




p/s : have a blast readers and a very good day. Press Like button if you like. #kbai



12 comments:

Wan Suhail said...

perghhh,makan taun kot nak lupakan seseorang/kenangan. haha

aik? dah xbuat numbering ka?
xkonsisten la camni.. haha

Aku Si Pujangga said...

kenangan sangat pedih bila teringat.

Namee Roslan said...

saya tak suka kenangan. sebab nnti rse nk balik ke alam dulu.

xanders.co said...

@wan : weyh, jgn bg kantoiii. hahaha

xanders.co said...

@pujangga : jgn laa sedih :)

xanders.co said...

@namee : takut ke?

Syazwan Che Deraman said...

aku masih ingat kenangan dolu dolu..
ada kenangan yang kita tak boleh luahkan kat orang orang tertentu.

sergeant keroro said...

memang susah bro.

syra nazri said...

kenangan itu menyakitkan .
sukar dihapus !

Saiazuan said...

sebab kenangan ada pengalaman, pengalaman menajar kita.. walaupn pahit kenangan tu, kena trima la.. ;)

Saiazuan said...

err aku stud degree.. so bru msk lor.. exam lmbt lg. huhu

echa takashimaya said...

kenangan semalam..
pengalaman hari ini..
pembetulan masa hadapan..

hehe.tp kdg2 salah semalam still ulang lg hari ini.manusia kan :)