Acquaintance

16 October 2011

MyKad Baru Mulai Januari Depan – Hishammuddin

KLUANG — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
Hishammuddin berkata MyKad baru itu juga menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semi-konduktor yang diiktiraf.
“Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said.
Beliau berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.
Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.
Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.
Hishammuddin berkata JPN juga akan meneruskan program ‘Outreach’ menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Beliau berkata sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan untuk unit-unit bergerak itu.
Mengenai pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang, beliau berkata JPN Kluang merupakan pejabat JPN ketiga selepas Kuching dan Melaka yang menyediakan perkhidmatan itu.
Hanya pejabat JPN yang memiliki keupayaan sistem hubungan terus dengan ibu pejabat dengan ciri-ciri keselamatan akan dipertimbangkan untuk menawarkan
perkhidmatan itu, katanya.
“Kita tidak akan terburu-buru untuk memperluaskan perkhidmatan itu di semua pejabat cawangan JPN seluruh negara,” katanya.— BERNAMA

p/s : aku tak mampu tinggal blog lama2, rindu. have a blast readers.

7 comments:

Missjajan said...

Aku pun nak buat Mykad baru. Aku punya ic ni dari darjah 6 tak tukar pun. Hehe

Zul fattah said...

mampuih r cam ni.. kena tukar ic plak r.. demm.. :(

mr.D said...

xnk tukar ic x bole ke..leceh kot..

Anonymous said...

wajib tukar kew????

Unknown said...

adoi nk kna buat bru... malas tul ~_~

Namee Roslan said...

tapi saya harap yg baru ni biarlah tahan lama n gambar tu kasi lawa la sikit. hehehhe. ni gmbo hitam jeee..sadis.

Gamez loVer said...

wah mcm best jek yg baru.. :)