Acquaintance

06 October 2011

Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung


  1. TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.
  2. Syarikat Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.
  3. Laporan sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.
  4. Teknologi itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair kristal.
  5. Pada awal tahun ini, satu laporan mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.
  6. Laporan yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses 1.2GHz.
  7. Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.

p/s : Nipis sangat, ni handphone atau kertas? Nak share,press jek like button. have a blast and a very good day.
 

6 comments:

sergeant keroro said...

cool giler.. tapi mesti rasa pelik.. :P

xanders.co said...

SANGAT. bgaimana nak simpan? teknologi sekarang. macam2...

Namee Roslan said...

sangat hebat. saya nak beli. tapi pelik gak sampai boleh melengkung tak rosak ke cip cip dalam phone tu. hehe. tp kalau dah keluar, sy akan beli. hehe

qistina amani said...

weiiii !!! mcm best je ! t dah kuar umum kat blog ko taw

NasZ said...

salam kenal..dah follow awak.

wah, macam kertas la plak. berat dia mesti ringan kan?

MOHD NASER.com

cik Kartun said...

takut terlupa kuar dari kocek suar..terus masuk mesin basuh...agak2 selamat x fon tu hehehe