Acquaintance

15 September 2011

Realiti Politikus

Hari itu hari Gawai
Sempena pesta menuai
Tentu ramai sudah bangun awai
Namun disini mood masih melungai
Bukan disebabkan makan roti surai
Tapi pasal orang punya perangai
Tak habis-habis suka cari pasai

Sebenarnya rakyat bayar cukai
Tapi ada orang buat muka tebai
Duit cukai semua dia kawai
Bila ada PRK dia keluarkan tunai
Dia kata duit dia bukan duit orang ramai
Duit kerajaan bukan duit pembayar cukai
Lulus itu lulus ini cukup pandai
Lepas tu bangunan tinggal tersadai
Sekolah hospital rosak tak boleh pakai
Duit komisen 500 juta beli kapai
Gadis Mongolia mati berkecai

Tapi kita dilarang kritik otai-otai
Cakap lebih sikit masuk balai
Masuk dalam Siput Babi mai tibai
Tapi kalau kita takut ribut badai
Jangan buat rumah ditepi pantai
Baik buat rumah dekat sungai
Suasana begitu aman dan permai
Pohon nyior pun melambai-lambai
Macam orang pencen asyik santai

Bila diam sebab nak hidup damai
Habis segala harta negara dibantai
Angkut lari ikut sempadan Thai
Sepuluh generasi pun belum selesai
Depa kata Melayu hidup bergadai
Tanah kita juga habis depa juai
Harap songkok tinggi dan misai tebai
Tapi perangai macam Abdullah bin Ubai

Kau ingat rakyat tidur mamai
Rakyat sekarang sudah celik akai
Bukan baca Utusan atau Makkal Osai
Mereka golongan bijak pandai
Mereka bukan boleh dibuai Cindai
Tak makan sogok rokok atau serabai

Dan sebelum hamba menutup tirai
Hamba ingin nasihat kepada otai-otai
Jangan cuma jaga kroni atau sahabat handai
Rakyat marhain janganlah diabai
Kami juga adalah pembayar cukai
Kalau kami diabaikan oleh otai-otai
Kami akan doa dalam solat qiyamulail
Harap-harap Allah segera bagi tunai.

p/s : have a blast readers, like jika suka leave comment lagi bgus.  chill :)

15 comments:

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

100% setuju...hehe

Namee Roslan said...

wahaha, u buat sendiri ke ni ??

teha said...

ssh jadik ahli politik nie.. hehe

xanders.co said...

namee : aah, ni entry lama.masa mula2 blogging.sja re-post balik. hehe

xanders.co said...

@nadzirah : kan? hihi

xanders.co said...

@teha : tanggungjawab byk tu ..

Hanim Irsyad said...

best laa entry ney.. pndai bwut :))

xanders.co said...

hmm, thnx

oPiE iSa said...

terbaek!
My Entri : Lembu Mengamuk!

Nyamuk Terbang said...

pergh kau..hebat
buat sndri??

echa takashimaya said...

wah! madahan hebat.hehe.

Zul fattah said...

gile r.. tip top .. ni puisi kan.. terbaik r.. aku sokong ko

Unknown said...

hebat ! nice mmg kene pen dan kertasnya ... huhuhuhu

RinsyaRyc said...

ikikiki.... bleh buat camni plak.. ^^

http://bulatmata.blogspot.com/

Primadona said...

Agree sangat-sangat.Ada bakatlah buat puisi.boleh la cipta lirik lagu plk lepas ni..hehe :))